Ads 468x60px

Jumaat, 16 Disember 2011

11 maut akibat banjir, tanah runtuh di Colombia

BOGOTA: Sebelas orang terbunuh manakala empat lagi dilaporkan masih hilang selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Colombia, semalam. 


Anggota pasukan penyelamat menemui sembilan mayat dalam dua rumah yang ranap akibat tanah runtuh di Caldas.


Di utara Magdalena, paras sungai yang meningkat menyebabkan dua rumah dibawa arus deras dan meranapkan sebuah jambatan, menyebabkan dua terbunuh manakala empat lagi dilaporkan hilang.
Musim tengkujuh di Colombia, yang bermula September sehingga kini sudah mengorbankan 159 nyawa manakala lebih 878,000 penduduk terjejas. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk