Ads 468x60px

Khamis, 15 Disember 2011

200 wakil NGO bantah sikap biadap Kar Ming

IPOH: Kira-kira 200 wakil Majlis Ayahanda-ayahanda Negeri Perak dan 73 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berarak ke Pejabat DAP negeri bagi membantah kebiadapan Setiausaha DAP negeri itu, Nga Kar Ming yang merujuk Menteri Besar bagai hitam metalik dan haram jadah selain menggelar Perak Darul Ridzuan sebagai Perak Darul Kartun. 

Pada perhimpunan aman hampir setengah jam mulai jam 3 petang, satu memorandum bantahan dan mendesak Kar Ming mengatur majlis untuk membuat permohonan maaf secara rasmi termasuk kepada Sultan Perak, Menteri Besar Perak dan orang Melayu terutama anak Perak.


Memorandum diserahkan Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-ayahanda Negeri Perak, Datuk Halim Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk