BANGKOK 16 Dis. - Bangkok mengeluarkan satu pasport baharu kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, menarik balik pembatalan pasportnya seperti yang dikenakan oleh kerajaan sebelum ini.
Jurucakap Kementerian Luar, Thani Thongpakdi hari ini berkata, pasport itu dikeluarkan di Bangkok pada 26 Oktober dan dihantar semula ke kedutaan Thai di Abu Dhabi
"Thaksin mengemukakan permohonan pasportnya di Abu Dhabi pada 25 Oktober dan kedutaan menghantarnya ke Bangkok untuk tindakan lanjut pada hari yang sama,” katanya, di sini.
"Thaksin mengemukakan permohonan pasportnya di Abu Dhabi pada 25 Oktober dan kedutaan menghantarnya ke Bangkok untuk tindakan lanjut pada hari yang sama,” katanya, di sini.
Thani berkata, Thaksin diberikan pasport biasa.
"Dia mempunyai hak untuk kembali ke Thailand pada bila-bila masa,” katanya.
Pasport Thaksin dibatalkan oleh bekas Menteri Luar, Kasit Piromya sejak 12 April, 2009 selepas bekas perdana menteri itu lari meninggalkan negaranya sejak 2008 selepas didakwa atas tuduhan rasuah dan akhirnya didapati bersalah tanpa hadir dan dihukum penjara dua tahun. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan