Ads 468x60px

Jumaat, 16 Disember 2011

Hasrat Boo Chang sertai semula Gerakan dibidas

GEORGETOWN: Seorang pemimpin Gerakan Pulau Pinang hari ini membidas hasrat bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang yang ingin menyertai semula parti itu. 

Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh, berkata Lim tidak patut diterima menyertai semula parti itu selepas beliau bertindak keluar parti dan menyertai beberapa parti lain sebelum ini.


"Kenapa beliau mahu menyertai semula Gerakan? Ada udang disebalik batu?," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Baljit berkata Lim telah mengkhianati parti itu dengan menyertai MCA pada tahun 1999 dan ketika itu Gerakan hampir kehilangan kerusi ketua menteri berikutan tindakannya itu. 

"Jika beliau (Lim) diterima semula, saya menyerahkan dengan ikhlas biro undang-undang kepadanya. Saya tidak akan mengkhianati parti macam beliau. 

"Saya akan minta diwujudkan biro landskap di mana saya akan bina banyak kolam untuk berudu dan katak. Kepada katak-katak sila masuk Gerakan," katanya. 

Selepas mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada kelmarin, Lim semalam menyerahkan borang bagi menyertai parti Gerakan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk