Ads 468x60px

Jumaat, 30 Disember 2011

Jelaskan kejayaan BN tadbir negara kepada rakyat: Musa

KOTA KINABALU: Semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kejayaan BN selama ini dalam mentadbir negara. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN Sabah, berkata kejayaan dalam memberi pemahaman mengenai usaha kerajaan mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog
"Adalah menjadi tanggungjawab kita menjelaskan kepada semua pengundi mengenai program dan dasar BN kerana inilah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat. 

"Kita lihat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, banyak  usaha dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat seperti penghapusan yuran sekolah, pemberian RM100 kepada pelajar sekolah dan pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," katanya pada Majlis Silaturrahim dan Makan Malam Wanita Penjalin Perpaduan anjuran Wanita Umno  Sabah di sini, malam tadi.

Musa berkata, BN bukan gabungan parti yang suka berbohong dan menabur janji  kosong kepada rakyat seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang sehingga  rakyat yang menderita. 

Katanya, rakyat harus jelas dengan usaha dan keikhlasan BN membela nasib mereka supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan khabar angin dan janji pembangkang yang hilang hala tuju. 

Beliau berkata, selain menjelaskan kepada rakyat mengenai kejayaan BN, 
jentera pilihan raya BN juga perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan bagi 
memastikan kemenangan semua calon BN pada PRU-13 akan datang. 

Terdahulu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang  juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata anggota BN  harus memberi sokongan kepada perdana menteri dalam pilihan raya umum akan 
datang dengan membantu dan menyokong semua calon BN. 

"PRU-13 bukan sebarang pilihan raya. PRU-13 adalah sebuah "peperangan" dan kita mestilah memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib sebagai ketua komander dalam peperangan ini," katanya. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk