Ads 468x60px

Sabtu, 24 Disember 2011

KEDA dapat RM29 juta, tambahan RM9 juta peruntukan bagi 2012

PENDANG: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diperuntukkan sebanyak RM29 juta untuk melaksanakan lapan projek teras agensi itu di negeri ini tahun depan. 


Pengerusi KEDA, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jumlah itu meningkat berbanding peruntukan sebanyak RM20 juta saja tahun ini.


sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog

Pertambahan peruntukan daripada kerajaan persekutuan ini adalah pengiktirafan terhadap KEDA kerana keupayaannya melaksanakan projek yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kehidupan penduduk miskin di Kedah, katanya.
Beliau berkata lapan program teras itu ialah menyusun semula Desa KEDA, mempertingkatkan latihan kepada anak muda, pembangunan industri dan keusahawanan, mobilasi sosial, pemulihan tanah terbiar, projek peningkatan pendapatan, penyelenggaraan Desa KEDA dan membangun semula resort milik KEDA. 

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana menambah peruntukan untuk tahun depan", katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Tilawah al-Quran Antara Desa Keda kali ke-25 di Pendang Lake Resort, di sini, malam tadi. 

Ahmah Bashah berkata selain peruntukan untuk lapan program itu, KEDA juga menerima peruntukan terus daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan program membina dan membaiki rumah. 

Beliau berkata KEDA mendapat RM7.8 juta untuk membina 173 rumah baru dan membaik pulih 228 rumah golongan sasar pada tahun ini. 
"Untuk tahun depan, saya berharap jumlah peruntukan ini akan bertambah melebihi RM10 juta kerana berdasarkan senarai pemohon yang bertambah ramai," kata Ahmad Bashah, yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. 

Beliau berkata KEDA berhasrat membantu seramai mungkin golongan susah mendapatkan rumah yang selesa dan pertambahan peruntukan akan dapat mengurangkan jumlah senarai menunggu. 

Tilawah itu disertai empat qari lelaki dan empat qariah wanita. Johan qari disandang Mohamad Asri Ahmad dari Desa Keda Kampung Bukit manakala Halilah Baharom dari Desa Keda Sungai Salleh muncul johan qariah. 

Mereka menerima hadiah wang tunai dan cenderamata. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk