Ads 468x60px

Selasa, 20 Disember 2011

Polis Perak rampas syabu RM500,000

IPOH: Polis menumpas sindiket dadah di bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki dan merampas syabu bernilai kira-kira RM500,000 baru-baru ini. 


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata dadah seberat 3.64 kilogram itu dirampas di sebuah rumah di kawasan perkampungan baru Ampang Baru Khamis lalu.


sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog

Turut dirampas ialah wang tunai sebanyak RM110,000, sebuah kereta dan jam tangan berjenama yang keseluruhannya bernilai RM237,000 sementara wang bernilai RM95,000 yang tersimpan di dalam akaun bank telah dibekukan oleh pihak polis.
"Ibu suspek yang berumur 73 tahun yang berada di dalam rumah itu semasa serbuan dilakukan turut ditahan tetapi dibebaskan kemudian. Suspek dan ibunya tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd Shukri berkata, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu yang menjadikan bandar raya ini tempat pembungkusan semula dadah. 

"Ia bukan untuk pasaran di sini. Syabu dipercayai di bawa masuk dari luar dan dibungkus semula di Ipoh ke dalam paket yang lebih kecil sebelum dihantar semula ke Kuala Lumpur untuk diedar dan dijual di tempat lain. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui sejauh mana suspek terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta bagi mengenal pasti sindiket yang lain," katanya. 
Suspek direman sehingga Khamis ini. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk