Ads 468x60px

Ahad, 18 Disember 2011

Tindakan turunkan bendera tidak matang - Rosnah

KUALA LUMPUR 19 Dis. — Kononnya berhimpun untuk menuntut kebebasan, tetapi tindakan sekelompok mahasiswa menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas ternyata sangat beremosi dan tidak matang, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Beliau berkata dalam menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, kumpulan mahasiswa tersebut telah melakukan tindakan yang kurang ajar, biadap dan tidak menghormati orang lain.

"Biarpun mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu tidak ramai namun ia cukup untuk menggambar imej buruk mahasiwa secara keseluruhannya.

Tindakan menurunkan bendera semata-mata mahu menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan kerana tidak rasional dan tidak bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk