Ads 468x60px

Khamis, 15 Disember 2011

Udinese, Rubin Kazan mara ke peringkat kalah mati Liga Europa

GENEVA: Udinese dan Rubin Kazan mencatat keputusan seri untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Europa manakala nasib tidak menyebelahi Tottenham apabila kelab itu tersingkir biarpun selepas menewaskan Shamrock Rovers 4-0. 

Udinese yang mengelak kekalahan ketika beraksi di tempat sendiri menentang Celtic, seri 1-1 selepas penyerang berbisa, Antonio Di Natale menyamakan kedudukan pada minit terakhir babak pertama.


Kelab Scotland itu lebih awal berada di depan hasil jaringan Gary Hooper pada minit ke-29.
Udinese kini mara dalam saingan membabitkan 32 pasukan bersama pemenang kumpulan, Atletico Madrid yang sudah melayakkan diri sebelum menewaskan Rennes 3-1. 

Rubin pula tertekan selepas penjaga gol mereka, Sergei Ryzhikov dibuang padang seri 1-1 ketika beraksi menentang PAOK. - AP 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk