REMBAU: Seramai 60 pengunjung beragama Islam premis perjudian komputer ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di sebuah premis perjudian komputer berhampiran Taman Taboh Naning di sini, awal hari ini.
Dalam serbuan terbabit pihak penguat kuasa JHEAINS turut merampas 41 unit perkakasan komputer yang digunakan untuk permainan perjudian selain wang pertaruhan berjumlah RM6,000.
Ketua Unit Operasi JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an, ketika mereka sedang leka bermain judi siber di premis dua tingkat terbabit."Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk siasatan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa dan dikehendaki hadir semula pada satu tarikh yang ditetapkan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini hari ini. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan