Ads 468x60px

Ahad, 15 April 2012

Aman Palestin tiba di Gaza untuk hulur bantuan


GAZA 15 April - Misi kemanusiaan Aman Palestin (AP) VIII akhirnya memasuki Semenanjung Gaza selepas 30 jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menyeberang sempadan Rafah selepas melepasi 14 sekatan.

Ketua Pegawai Eksekutif AP, Awang Suffian Awang Piut berkata, walaupun ia sebenarnya satu perjalanan yang panjang tetapi ia berbaloi untuk menunggu apabila pasukan itu disambut pemimpin berpengaruh Gaza yang juga Pengerusi Darul 
Quran dan Sunnah, Dr. Abdul Rahman Jamal.

"Kami berasa bangga bahawa lawatan kami disambut oleh seorang yang berpengaruh di sini. Kami semua berasa terharu dengan kehadirannya," katanya dalam satu majlis ringkas yang diadakan selepas memasuki sempadan di sini.

Delegasi 21 rakyat Malaysia itu termasuk ahli perniagaan, para pegawai dan media dengan Muhammad Razique, dua tahun, sebagai anggota sukarelawan termuda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk