Ads 468x60px

Isnin, 30 April 2012

Bersih dinasihat guna pendekatan lain

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai dan menyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan di ibu kota baru-baru ini, disarankan menggunakan pendekatan lebih profesional.

Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata, usaha mereka mengadakan perhimpunan itu dilihat tidak mendatangkan keuntungan, malah merugikan banyak pihak.

“Banyak cara lain yang boleh digunakan jika mereka mahu tangani sesuatu masalah yang dilihat wujud dalam negara. Jika hentam secara melulu begitu, semua pihak tidak akan dapat sebarang keuntungan.

“Sepatutnya, apa yang mereka perlu buat ialah melakukan kajian untuk membaiki dasar dan strategi negara. Mereka juga boleh menerbitkan bahan bacaan ilmiah, melaksanakan kempen melalui pendidikan dan sebagainya,” katanya ketika pembentangan bertajuk Peranan NGO Untuk Menggerakkan Gelombang Mencegah Rasuah Bersama SPRM, semalam.

Sutinah, yang menyentuh me­ngenai perkara itu ketika berucap mengenai kes rasuah, turut menyifatkan tindakan secara melulu oleh kumpulan atau orang perseorangan yang menyalahkan sebelah pihak sahaja tidak akan membantu merealisasikan tuntutan yang dituntut oleh mereka.

“Saya sedih apabila dalam kes ra­suah pula, ada yang menghentam SPRM, tetapi tidak membantu. Mereka sepatutnya membantu, bukan bertindak dengan menghentam secara melulu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk