Ads 468x60px

Ahad, 15 April 2012

Hina raja: 20 NGO buat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang


KOTA BHARU 15 April - Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan mengecam tindakan pemimpin pembangkang yang didakwa mempersenda serta mengejek raja- raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Serentak itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Kelantan, 
Mohd. Fauzi Muhammad kira-kira pukul 10 pagi bagi mewakili NGO terbabit, di Balai Polis Kota Bharu dekat sini.

Mohd. Fauzi ketika ditemui media kemudiannya menyifatkan perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang itu sebagai biadap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk