Ads 468x60px

Ahad, 15 April 2012

Promosi sisipan Mingguan Malaysia meriah


BUKIT MERTAJAM 15 April - Pengunjung ke pusat beli-belah AEON Seberang Perai City, Bandar Perda di sini hari ini tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan artis-artis kesayangan mereka sempena promosi wajah baru sisipan Mingguan Malaysia.

Selain dapat bergambar, mereka turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis terlibat iaitu Aliff Aziz, Dayang Nurfaizah, Forteen dan Diandra Arjunaidi.

Mereka juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz dan sketsa daripada filem tempatan terkenal.

Bagi pembaca setia Mingguan Malaysia, mereka berpeluang bertemu kartunis-kartunis terkenal seperti Din Belon, Soya, Taugeh dan Lembu Rock bagi mendapatkan lakaran karikatur bertandatangan.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pengarang Mingguan Malaysia, Zin Mahmud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk