Ads 468x60px

Selasa, 29 Mei 2012

Bida nombor kenderaan ada unsur spekulatif?



SHAH ALAM - Pemimpin Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mahu Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran kereta yang melibatkan unsur angka dan wang bidaan.

"Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan nombor pendaftaran kenderaan, yang berkemungkinan berunsur spekulatif," kata bekas Menteri Besar Perak ini dalam satu mesej Twitter hari ini.

Beliau melahirkan pendirian ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tetapi dilihat berkaitan dengan bidaan nombor pendaftaran WWW yang menarik minat banyak pihak dan pelbagai kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk