Ads 468x60px

Selasa, 29 Mei 2012

Mara dan MBSB kerjasama salur RM250 juta kepada usahawan bumiputera

Kuala Lumpur 29 Mei - Mara akan bekerjasama dengan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) bagi menyediakan dana berjumlah RM250 juta untuk Skim Jaminan Usahawan Mara yang membantu golongan usahawan bumiputera terutama dalam sektor binaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, skim itu merupakan satu kemudahan perniagaan di mana Mara menjadi penjamin kepada usahawan bumiputera dalam sektor berkenaan.

"Ini adalah bagi menyokong usahawan untuk berkembang dan memacu inisiatif pelaksanaan Sistem Binaan Bersepadu (IBS)," katanya selepas merasmikan Pameran Mara IBS dan Hartanah (MIPEX) 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk