Ads 468x60px

Ahad, 27 Mei 2012

MCA usul beri BR1M kedua



WANGSA MAJU - Kejayaan kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat baru-baru ini, perlu diteruskan dalam membantu golongan berpendapatan rendah.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi lek berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan itu supaya BR1M diteruskan untuk kali kedua tahun ini.

Menurutnya, berdasarkan hasil pendapatan negara dilaporkan meningkat, adalah tidak mustahil BR1M kali kedua dapat disalurkan sekali lagi kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

“Saya percaya kerajaan berupaya melaksanakannya sekali lagi tahun ini jika dilihat hasil pendapatan negara yang meningkat.

“Pemberian ini amatlah penting kepada rakyat apabila dilihat dari sudut keperluan rakyat seperti persiapan sekolah dan perayaan yang bakal akan disambut,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu menghadiri Majlis Jamuan Tengahari Bersama Presiden MCA anjuran MCA Bahagian Wangsa Maju dan Pusat Khidmat Rakyat, Datuk Yew Teong Look di Wangsa Maju, semalam.

Pada majlis itu, 50 pertubuhanbukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju hadir pada majlis tersebut.

Katanya, pemberian ini tidak semestinya diberi dalam tempoh terdekat, tetapi boleh dilaksanakan sebelum 2012 berakhir.

Dalam perkembangan sama, Soi Lek berkata, selain pemberianBR1M kali kedua, MCA juga mahu Kerajaan Persekutuan turut mempertimbangkan subsidi untuk pengangkutan kepada murid dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

“Mereka yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah ini adalah dari keluarga berpendapatan rendah dan saya berharap isu yang pernah dibangkitkan oleh MCA sebelum ini dapat dipertimbangkan sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, Soi Lek turut mengingatkan ahli parti BN akan terus menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, ahli parti haruslah menyatakan sokongan tidak kira siapa calon diberi kepercayaan dan bersatu padu sebagai sebuah pasukan dalam PRU nanti.

“Tidak kira calon BN itu terdiri dari Umno, MCA atau MIC, parti harus berdiri teguh belakang calon tersebut bagi memastikan kemenangan mutlak BN.

“Walaupun Perdana Menteri belum membuat keputusan muktamad siapa calon BN, namun parti perlu yakin bahawa calon itu nanti adalah calon boleh menang untuk meneruskan survival politik BN,” katanya.

Mengulas calon di kerusi Parlimen Wangsa Maju, beliau berkata, secara tradisi kerusi Parlimen ini diwakili MCA.

Secara sinis, katanya, MCA tidak pernah ada niat merebut kerusi di kawasan lain, tetapi berharap tiada pihak lain yang akan ganggu kerusi Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini kerusi MCA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk