MELAKA - Melaka bakal mewujudkan tiga penempatan khas bagi menampung 6,000 pekerja asing di sektor perindustrian untuk mengatasi masalah penempatan serta masalah sosial, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mod Ali Rustam.
Beliau berkata kawasan penempatan tersebut bakal dibina di Londang, Taman Tasik dan Bukit Rambai secara berperingkat bermula Jun ini di bawah pelaburan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Yayasan Melaka.
Katanya penempatan khas yang dilengkapi perabot dan kemudahan asas itu akan disewakan kepada majikan dengan setiap kawasan dijangka dapat menampung seramai 2,000 pekerja warga asing, katanya.
"Inisiatif ini dilakukan kerana kita menerima banyak rungutan daripada penduduk tempatan yang tidak selesa dengan kewujudan warga asing di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Bersama Komuniti Perindustrian Zon Ayer Keroh.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 pekerja sektor perindustrian bertujuan merapatkan hubungan antara MPHTJ dengan pihak industri.
Mohd Ali berkata, projek yang bakal disiapkan dalam tempoh 18 bulan itu dijangka dapat mengurangkan masalah penempatan melibatkan kira-kira 30,000 pekerja industri warga asing di Melaka. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan