Ads 468x60px

Sabtu, 26 Mei 2012

Najib mahu serah negara lebih baik kepada belia



PUTRAJAYA -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berjanji akan menyajikan dan menyerahkan kepada belia sebuah negara yang lebih baik daripada hari ini untuk diwarisi oleh golongan itu.

Justeru itu, Perdana menteri berkata apa yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan agenda transformasi nasional adalah demi menyediakan sebuah negara yang hebat dari segala hebat.

"Saya dah anggota Kabinet berhimpun atas pentas ini... tidak ada apa yang lain melainkan di atas bahu kami... kami melihat muka belia hari ini pewaris negara kita, apa yang nak kita lakukan dengan ETP, dengan agenda transformasi nasional, tidak lain dan tidak bukan kami nak menyerah sebuah negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini.

"Sebuah negara yang lebih berjaya dan hebat,sebuah negara yang berjaya dari segala sudut, kita akan jadi Malaysia negara maju dan juga sebagai negara 1Malaysia... insya-Allah," katanya semasa berucap sempena sambutan Hari Belia Negara di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk