Ads 468x60px

Khamis, 17 Mei 2012

Penubuhan bank Islam mega Malaysia diteruskan

TURKI 17 Mei - Proses memberi lesen kepada bank Islam mega akan mengambil sedikit masa berbanding memberikan lesen kepada institusi asing sedia ada kerana ia membabitkan penubuhan entiti perbankan baru, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
''Pemberian lesen kepada entiti baru (bank Islam mega) lebih panjang berbanding mengeluarkan lesen bagi institusi asing yang sudah wujud dalam pasaran,'' katanya.
Zeti berkata demikian bagi menjawab mengenai kelewatan penubuhan bank Islam mega yang bakal diwujudkan di Malaysia.
Bagaimanapun katanya, penubuhan bank Islam mega itu tetap diteruskan kerana ia merupakan perancangan kerajaan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai terbitan sukuk dalam pelbagai mata wang di Malaysia, Zeti berkata, ia boleh dilakukan terutama dengan liberalisasi dalam peraturan untuk memberikan fleksibiliti kepada tukaran asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk