Ads 468x60px

Selasa, 29 Mei 2012

Prospektus FGVH jawab dakwaan pembangkang

KUALA LUMPUR 29 Mei - Semua dakwaan pembangkang yang memburukkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia akan terjawab semasa pelancaran prospektus penyenaraian tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pembangkang hanya mahu memutar belit penyenaraian FGVH itu dan tidak pernah mahu mengakui manfaat yang akan diperoleh golongan peneroka.

''Bila sudah ada prospektus, apa persoalan pun kita boleh jawab. Pelbagai dakwaan yang dibuat pembangkang adalah cara mereka selepas gagal menghalang (penyenaraian FGVH). Macam-macam mereka buat seperti membawa ke mahkamah dan meracuni pemikiran peneroka tetapi tak jalan,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutup Kem Adik Manjaku Felda Holding di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk