Sabtu, 2 Jun 2012
AS kukuh tentera laut di Asia Pasifik
SINGAPURA - Amerika Syarikat (AS) akan memindahkan majoriti kapal perangnya ke Asia Pasifik menjelang 2020 dan menempatkan enam kapal pembawa pesawat di rantau ini.
Setiausaha Pertahanan Leon Panetta mengumumkan dasar dan strategi terbaru pertahanan AS ketika berucap di sini hari ini.
Berdasarkan pengumuman beliau itu, 60 peratus armada akan ditempatkan di Asia Pasifik.
Beijing dilaporkan tidak gembira dengan dasar terbaru AS itu.
Bercakap pada forum sekuriti tahnan di sini hari ini, Panetta menolak tanggapan bahawa pendirian itu bertujuan mengawal kemunculan AS sebagai kuasa global.
"Kami bukan jahil mengenai hubungan dan begitu juga China," kata beliau pada Dialog Shangri-La.
"Menjelang 2020, tentera laut akan menyusun semula penempatan pasukannya daripada 50-50 peratus antara Pasifik dan Atlantik kepada 60-40 peratus kedua-dua lautan," kata Panetta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan