Ads 468x60px

Selasa, 5 Jun 2012

Dana Adam semakin meningkat



KUALA LUMPUR - Adam Akhbar Ali, 10, yang menghidap tumor saraf tunjang menerima sumbangan cek RM20,000 daripada 1MCA Medical Foundation yang disampaikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, semalam.

Adam yang diwakili bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin sebagai bayaran kos pembedahannya yang dijadualkan dibuat di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat pada 26 Jun ini.

Dr Chua berkata, sumbangan berkenaan diberikan tanpa mengira latar belakang fahaman politik, bangsa atau agama.

"Kami salurkan kepada pesakit yang memerlukan, sehingga kini agihannya diberikan kepada 852 pesakit Cina, 149 pesakit India dan 72 pesakit Bumiputra.

“Kita telah mengagihkan bantuan ini sejak tertubuhnya 1MCA Medical Foundation sejak dua tahun lalu,” katanya selepas selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan 1MCA Medical
Foundation, di Pejabat MCA di sini, semalam.

Kali ini, seramai 16 orang dipilih untuk menerima bantuan yang mana jumlah keseluruhannya RM140,596 diberikan kepada pesakit kronik.

Sementara itu, ibu Adam, Siti Rogayah Syed Ismail, 34, berkata, keluarganya amat berterima kasih di atas keprihatinan mereka yang bersama berusaha mendapatkan bantuan kepada Adam.

"Mereka juga melakukan Kembara Kasih Adam yang beraktiviti sambil beramal untuk membantu Adam.

"Saya bersyukur jumlah keperluan kewangan bagi pembiayaan pembedahan Adam. Ini semua adalah sokongan dan bantuan dari semua pihak terutamanya rakyat Malaysia yang sudi membantu Adam.

"Setakat ini jumlah terkumpul termasuk bantuan 1MCA Medical Foundation berjumlah RM78,300,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Sektor Rukun Tetangga dan Komuniti Penduduk Taman Melati, Marlina Yusoff, 54, berkata, beliau terpanggil membantu menyelesaikan masalah yang menimpa Adam kerana penyakit tersebut adalah baru dan tidak ada pakar untuk merawatnya di sini, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, sebelum ini.

Katanya, dengan mengumpulkan seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju dengan seliaan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look, akan memastikan  Adam mendapat bantuan menerusi saluran sepatutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk