Ads 468x60px

Isnin, 4 Jun 2012

Jaminan pihak berkuasa pastikan keselamatan negara

KLUANG 4 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan pihak keselamatan akan melakukan segala yang terdaya mengikut undang-undang, demi memelihara keselamatan awam di negara ini sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, andai ada pihak yang bertindak mencetuskan huru-hara ketika negara menghadapi pilihan raya umum, polis akan memastikan ketenteraman awam terjaga, sekalipun ketika itu negara hanya ditadbir kerajaan sementara.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini. - BERNAMA

Sumber Berita : Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk