Ads 468x60px

Isnin, 4 Jun 2012

Lebih banyak tender untuk syarikat kecil selenggara jalan Persekutuan

LANGKAWI 4 Jun - Kementerian Kerja Raya akan memberi lebih banyak peluang kepada syarikat kecil untuk terlibat dalam penyelenggaraan jalan Persekutuan menerusi tender terbuka.

Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kementerian mensasarkan pembabitan sekurang-kurangnya 50 peratus kontraktor kelas D, E dan F tahun ini, berbanding hanya 30 peratus tahun lalu.

"Melalui tender terbuka untuk kerja penyelenggaraan berkala kepada kontraktor kelas D, E dan F, ia lebih bagus untuk pengagihan kek ekonomi industri pembinaan negara," katanya selepas merasmikan mesyuarat pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) 2012, di sini hari ini. - BERNAMA

Sumber Berita : Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk