Ads 468x60px

Selasa, 5 Jun 2012

Majlis Peguam sedia semuka Panel Penasihat Bebas

SHAH ALAM - Majlis Peguam Malaysia bersetuju untuk bersemuka dengan Panel Penasihat Bebas bagi menerangkan lebih lanjut laporan yang dibuat berhubung Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, dalam pertemuan tersebut mereka akan menjelaskan secara terperinci tentang laporan akhir dibuat dan akan diserahkan kepada Panel dilantik.

Menurutnya, pertemuan tersebut mungkin akan berlaku sedikit kecacatan kerana Panel penasihat yang diketuai Tun Mohammed Hanif Omar yang juga bekas Ketua Polis Negara.

“Majlis Peguam bertanggungjawab dalam tugas demi menegakkan keadilan, justeru mereka menyuarakan pandangan mengenai undang-undang dan polisi, selain bekerjasama dengan kerajaan, pembangkang serta seluruh masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lee berkata, Majlis Peguam juga terlibat dalam aktiviti berkaitan pengurusan negara namun sama sekali tidak pernah terlibat dalam perebutan kuasa politik.

“Kami bukan antikerajaan atau propembangkang tetapi sekadar melakukan apa yang harus dan mesti dilakukan, iaitu menegakkan kebenaran.

“Pelbagai dakwaan mengatakan bahawa Majlis Peguam terlibat dalam kancah politik ia tidak benar sama sekali,” katanya.

Sebelum ini, Panel penasihat mencadangkan Majlis Peguam hadir bersemuka demi kebaikan negara dan pertemuan tersebut dijangkakan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk