Ads 468x60px

Sabtu, 23 Jun 2012

Pasukan EPL: Sambutan hebat perlawanan Julai

PETALING JAYA – Perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pilihan Malaysia di sini bulan depan, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat bola sepak berdasarkan jualan tiket.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (ProEvents), Julian Kam berkata, lebih 6,000 tiket untuk perlawanan Arsenal dan Pilihan Malaysia pada 24 Julai dijual sejak ia dilancarkan minggu lepas.
Manakala hampir 5,000 tiket telah dijual membabitkan Manchester City FC dan Pilihan Malaysia pada 30 Julai.
Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Tiket dijual pada harga RM58 hingga RM108 dan RM388 bagi VIP di outlet Nike terpilih,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan ”Be a super Gunner” di pusat beli-belah The Curve di sini hari ini.
"Kami menyasarkan stadium penuh. Kami berharap dapat mencapai sasaran itu, walaupun perlawanan diadakan pada bulan Ramadan. Perlawanan akan diadakan selepas solat Terawih dan saya percaya peminat akan datang,” kata Julian. – BERNAMA

Sumber : Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk