SANDAKAN - Parti Gerakan Sabah menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman terutama dalam mengetuai Barisan Nasional (BN) Sabah memenangi semua kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya Datuk Leong Vui Cheung berkata Musa telah menempatkan Sabah di peta dunia dan kian membangun serta maju.
"Ternyata dengan kestabilan politik dan pentadbiran yang positif serta keadaan negeri yang aman, ramai pelabur asing datang melabur di Sabah, katanya ketika berucap pada persidangan pertama perwakilan Parti Gerakan Sabah di sini hari ini yang disempurnakan oleh Musa.
Katanya sejak lahirnya parti Gerakan di Sabah 16 tahun lepas, parti itu telah berganding bahu bersama parti komponen BN Sabah.
Beliau juga menjelaskan bahawa parti Gerakan Sabah seperti juga MCA, MIC dan Umno adalah parti nasional dengan pemimpinnya terdiri anak-anak Sabah dan tidak patut dilabel sebagai parti dari Semenanjung.
Menurutnya parti Gerakan Sabah semakin berkembang di Sabah dengan keahlian kira-kira 30,000.
Menurutnya parti Gerakan Sabah semakin berkembang di Sabah dengan keahlian kira-kira 30,000.
Katanya parti itu mempunyai bahagian dan cawangan di kawasan parlimen Kota Kinabalu, Sandakan. Batu Sapi, Libaran, Tawau, Kalabakan, Lahad Datu, Semporna, Penampang, Putatan, Keningau, Tenom, Beaufort dan Papar.
Leong yakin calon BN akan memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang berteraskan sokongan padu dan berterusan yang ditunjuk oleh peminmpin BN.
"Kerjasama mantap sebagai satu pasukan dalam menghadapi musuh politik adalah prasyarat penting dalam memastikan prestasi cemerlang ketika pilihan raya umum ke-13 kelak dapat dikekalkan.
"Kejayaan perlu diulangi dalam memastikan BN terus menguasai semula kerusi tersebut dengan mantap terutama di Sabah," katanya.
Sumber : Bernama


Tiada ulasan:
Catat Ulasan