Ads 468x60px

Sabtu, 22 September 2012

Kutipan pinjaman pelajar YT meningkat suku pertama tahun ini

KUALA TERENGGANU - Yayasan Terengganu (YT) mencatat peningkatan bagi kutipan bulanan pinjaman pelajaran sekitar RM1.5 juta sebulan sejak tiga tahun lepas berbanding sekitar RM800,000 pada 2009.

Pengarah YT, Zakaria Yusof berkata dengan pelaksanaan strategi baru dalam pengurusan bayaran balik pinjaman pelajaran, kutipan bulanan didapati meningkat secara mendadak sejak tiga tahun lepas.

"Buktinya dengan jumlah kutipan purata bulanan ketika itu hanya dalam lingkungan RM800,000 meningkat kepada lebih kurang RM1.5 juta sebulan.

"Dalam tempoh sama bilangan peminjam yang menjelaskan pinjaman turut sama menunjukkan pertambahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya kejayaan itu adalah hasil daripada perlaksanaan dua strategi utama yang menitik beratkan 'situasi menang-menang' iaitu mendidik peminjam dan juga meningkatkan kecekapan pengurusan YT dalam bayaran balik pinjaman.

Beliau berkata strategi YT itu memberikan kelonggaran atau peluang kepada peminjam untuk menstrukturkan semua jadual pembayaran khususnya kepada peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran yang banyak.

Zakaria berkata sejak ditubuhkan 1972 hingga sekarang, YT dianggarkan menaja seramai 68,000 pelajar dengan jumlah perbelajaan melebihi RM531 juta.

Katanya daripada jumlah perbelanjaan tersebut, YT berjaya memungut balik RM195 juta sehingga sekarang manakala selebihnya masih melanjutkan pelajaran.

Katanya YT membelanjakan peruntukan RM100 juta setahun untuk menaja pelajar-pelajar ke institut pengajian tinggi awam dan swasta tempatan mahupun luar negara.


Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk