Ads 468x60px

Isnin, 31 Mac 2014

Anwar restu Azmin pertahan posisi



PETALING JAYA - Penyandang Timbalan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali  mengesahkan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu Mei depan.

Penyerahan borang pencalonan pada saat-saat akhir iaitu 10 minit sebelum proses pencalonan ditutup, Azmin mengakui mampu mempertahankan kedudukannya bagi penggal kedua.

Beliau yang juga  Adun Bukit Antarabangsa itu turut mengesahkan menerima restu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PKR.

"Saya sudah bincang panjang dengan teman-teman sejak beberapa hari lalu.

"Hari ini saya juga sudah berbincang panjang dengan Datuk Seri Anwar sebelum kita buat keputusan akhir untuk saya kekalkan jawatan sekarang," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, selepas penyerahan borang pencalonan.

Menerusi pemilihan kali ini, Azmin bakal berhadapan saingan enam penjuru menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Setiausaha Agung PKR, Datu Saifuddin Nasution Ismail.

Bahkan turut mencuba nasib ialah Datuk K. Ramachandram dan Murali Subramaniam.

Ketika diminta mengulas  sama ada beliau mampu mempertahankan kedudukannya apabila ditentang dengan beberapa nama besar dalam parti, Mohamed Azmin berkata ahli PKR akan menentukan nasibnya berdasarkan sumbangannya selama ini.

"Saya fikir saya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik bukan sahaja dalam parti, malah sewaktu untuk membentuk parti ini sejak 15 tahun lalu.

"Kami bina parti ini sejak 1998 dan sekarang Keadilan menjadi parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk