Wartawan Bernama, Amrizan Madian dan jurufoto, Anuar Isman, masing-masing menerima Anugerah Wartawan 2011 dan Anugerah Jurugambar Terbaik yang disampaikan Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Rohani Abdul Karim pada majlis bersama media di sini, malam tadi, membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa sijil dan wang tunai.
sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog
Wartawan akhbar The Borneo Post, Peter Boon pula menerima Anugerah Khas Juri dan membawa pulang sijil serta hadiah wang tunai.
Rohani berkata, majlis itu adalah satu tanda penghargaan kepada media yang banyak membantu promosi kempen anjuran KPDNKK dalam melindungi pengguna di negeri ini selain menyalurkan maklumat mengenai dasar kepenggunaan kepada rakyat.
Beliau berkata, tanpa kerjasama media, KPDNKK sudah pasti berdepan kesukaran melaksanakan tanggungjawab melindungi serta memelihara hak pengguna di negeri ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan