Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog.
"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama," menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis. Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan