Ads 468x60px

Jumaat, 16 Disember 2011

Bekas pemain bola sepak meninggal

KOTA BHARU - Bekas tonggak pertahanan kiri pasukan bola sepak Kelantan era 80 dan 90-an, Rosli Ismail menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, awal pagi semalam.


Allahyarham Rosli yang berusia 44 tahun itu dikatakan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi akibat serangan jantung. Turut berada di sisi Allahyarham kedua orang tuanya dan bekas isterinya, Zura serta tiga anak mereka.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pradong, Pasir Hor, di sini selepas solat Jumaat.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bekas Pemain Kelantan Era 80 dan 90-an, Aziz Mustapha ketika dihubungi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurutnya, pemergian Allahyarham Rosli merupakan satu kehilangan besar buat bola sepak Kelantan.

“Arwah merupakan bekas pemain yang cukup dedikasi dan berdedikasi serta pernah mengharumkan nama Kelantan suatu ketika dahulu dengan membantu pasukan layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia dan FA pada tahun 1993,” katanya.

Aziz berkata, turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan.

“Saya mewakili bekas-bekas pemain merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk (Takiyuddin) yang banyak membantu pihak kami dan keluarga menguruskan jenazah arwah sehingga semuanya selesai,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk