Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng berkata rakyat negara ini harus mengambil iktibar daripada ketidaktenteraman yang berlaku di beberapa negara lain yang telah menyebabkan keamanan hidup dan kestabilan politik negara terancam.
sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog
"Tanpa perpaduan, tidak mungkin wujud kestabilan politik yang menjadi teras utama untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik," katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Krismas yang akan diraikan esok.
Beliau berkata sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai agama dan budaya, tanggungjawab memelihara perpaduan antara kaum sentiasa menjadi agenda utama pemimpin dan kerajaan. Kata beliau sambutan perayaan masyarakat pelbagai kaum termasuk Krismas menjadi asas untuk menyemarakkan lagi semangat muhibah dan mempereratkan hubungan rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam perutusannya pula berkata masih banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh untuk mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Katanya melalui transformasi ekonomi serta Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), ia pastinya akan dapat membantu Sarawak memacu ekonominya lebih maju ke hadapan.
Ke arah itu, katanya rakyat Sarawak perlu kekal bersatu dan tidak mudah terpengaruh dengan politik perpecahan yang cuba menggunakan pelbagai isu yang tidak menguntungkan rakyat.
Taib berkata beliau yakin dengan adanya langkah untuk menggunakan sumber ekonomi yang ada, Sarawak mampu untuk membangun dengan lebih cepat termasuk di kawasan luar bandar.
Beliau juga berharap sambutan Krismas ini bakal menjadi titik tolak kepada rakyat untuk memperkukuhkan azam dan menanam semangat baru untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan