Ads 468x60px

Sabtu, 24 Disember 2011

Selangor wujudkan pusat aduan pengurusan sisa pepejal

KUALA SELANGOR: Sebuah pusat aduan mengenai pengurusan sisa pepejal di Selangor akan diwujudkan tahun depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 


Beliau berkata, melalui inisiatif itu, orang ramai boleh membuat aduan melalui talian bebas tol. "Projek perintis kini dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya," katanya selepas meninjau program beli-belah membabitkan warga emas di sebuah pasar raya, hari ini.


sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog

Abdul Khalid mengulas, rungutan di kalangan rakyat Selangor berhubung masalah 
sampah tidak diangkat mengikut jadual di sesetengah kawasan Pihak Berkuasa 
Tempatan (PBT) di negeri itu. 

"Kita akan adakan pusat aduan bebas... jika ada orang nak komplen, dia akan 
komplen ke pusat tersebut, dengan itu kita tahu berapa peratus peningkatan komplen, berapa peratus dapat diselesaikan," katanya sambil menambah pusat itu 
akan dikendalikan sebuah unit khas di bawah kerajaan negeri dan beberapa 
kakitangan PBT akan diserap ke unit tersebut. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk