Ads 468x60px

Sabtu, 24 Disember 2011

Isu pemain import gagal lepasi syarat harus jadi pengajaran

KUANTAN: Isu pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia 2012 (Liga-M) harus menjadi pengajaran kepada setiap pasukan negeri dan kelab agar lebih serius dalam mengikut garis panduan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata ia penting dalam memastikan bola sepak negara benar-benar mencapai tahap profesional. "Saya harap ini menjadi satu pengajaran...kita ini dah masuk profesional,

sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog

kita kena tahu jadual bila nak ambil pemain import untuk tentukan benar-benar 
dapat kelulusan FAM," katanya di sini, hari ini selepas melawat 20 
mangsa kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Batu 5 di sini, semalam. 

Tengku Abdullah berkata demikian ketika mengulas beberapa persatuan 
negeri dan kelab yang mahu membuat rayuan selepas sembilan pemain import gagal 
melepasi syarat beraksi pada Liga-M. 
Katanya, FAM tidak akan mendengar rayuan tersebut dan pihak persatuan negeri 
dan kelab perlu menunggu pendaftaran pemain import pada tarikh berikutnya. 

Bagaimanapun, Tengku Abdullah berkata, pihaknya akan mengkaji untuk 
mempercepatkan tarikh pendaftaran kedua yang ditetapkan pada April depan ke 
satu tempoh yang terdekat. 

Sementara itu, Tengku Abdullah meminta semua pihak supaya tidak membuat 
sebarang andaian dan spekulasi mengenai nasib penyerang negara, Safee Sali 
berikutan laporan berhubung Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan badan bola 
sepak dunia FIFA. 

"Kita jangan cepat beranggapan, kita masih menunggu cerita sebenar, kita 
juga nak dapat pengesahan daripada FIFA tetapi musim perayaan (Krismas) pejabat 
(FIFA) tutup," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah yang juga Presiden Persatuan Hoki 
Malaysia berkata, Liga Hoki Remaja Kebangsaan yang akan bermula pada 9 Januari 
depan perlu diteruskan walaupun berhadapan dengan masalah stadium yang tidak 
berada pada tahap terbaik. 

Beliau mengakui terdapat stadium yang berada dalam keadaan tidak memuaskan 
dan pihaknya akan meminta persatuan negeri untuk berbincang dengan pihak 
berkuasa negeri terbabit bagi memperbaiki keadaan stadium berkenaan. 

"Kita akui banyak stadium hoki berada bawah tahap yang kita harapkan, namun 
saya harap pihak berkuasa negeri dapat memberi keutamaan kepada stadium hoki, 
saya tahu memang perbelanjaan begitu besar, tetapi (buat masa ini) saya harap 
pemain, persatuan dan pasukan harus terus bermain juga walau dalam keadaan 
macam mana sekalipun," katanya. 

Laporan akhbar hari ini menyebut hanya 14 daripada 29 stadium hoki di 
Semenanjung Malaysia boleh digunakan untuk kejohanan Liga Hoki Remaja 
berkenaan. - BERNAMA 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk