Beliau berkata, daripada jumlah itu (2,214 tempat), 360 orang daripadanya adalah pelajar yang mendapat 3A 2B manakala 660 orang yang mendapat 4A 1B. "Jika kita lihat, keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog
baru-baru ini, sebanyak 34,000 pelajar mendapat 8A sedangkan tempat yang
ditawarkan untuk kemasukan ke tingkatan empat di SBP ialah 5,500 tempat saja.
"Bagi pelajar lepasan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), kita
menyediakan 7,400 tempat bagi kemasukan ke tingkatan satu di SBP dan yang
mendapat 5A ialah 46,000 orang. Jadi, memang ada persaingan.
"Oleh kerana kita ada projek untuk membantu pelajar miskin, seperti yang
telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kita menyediakan 2,214 tempat untuk pelajar miskin. Kita memberikan peluang ini kerana mengambil kira cabaran mereka dari segi tekanan hidup, kekurangan dari segi kemudahan pembelajaran dan lain-lain," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 57 pelajar daripada dua rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang, di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini mengumumkan
Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan
tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian
Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan
4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, syarat baru itu bertujuan
membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan
memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam
UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Puad berkata, mereka yang dikategorikan sebagai pelajar miskin itu adalah
mereka yang mendapat bantuan daripada program e-kasih.
Sementara itu, beliau berkata, program pemberian bantuan persekolahan RM100
kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, hampir selesai
apabila Semenanjung mencatatkan 100 peratus, Sabah (95) dan Sarawak (88.3).
Katanya, kelewatan yang berlaku di Sarawak berikutan kebanyakan sekolah di
kawasan pedalaman di negeri berkenaan tidak mempunyai akaun Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang menyebabkan peruntukan bantuan tersebut perlu disalurkan ke
akaun bank Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum dihantar ke sekolah-sekolah di
pedalaman.
Bagaimanapun, katanya, proses pengagihan bantuan tersebut kepada semua
pelajar dijangka selesai pada minggu ini.
Mengenai dakwaan terdapat sekolah yang membuat potongan daripada wang
bantuan tersebut, Puad berkata, arahan telah dibuat supaya pembayaran balik
dilakukan kepada pelajar yang dikatakan wang bantuan RM100 itu dipotong sehingga
tinggal RM40 saja. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan