Ads 468x60px

Sabtu, 24 Disember 2011

Perkhidmatan bas dua tingkat: Kerajaan diminta berbincang

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Kementerian Pengangkutan disaran supaya mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bas sebelum membuat sebarang keputusan mengenai penggunaan bas dua tingkat.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kementerian perlu membuat kajian mendalam tentang isu keselamatan penggunaan bas dua tingkat dan tidak mengetepikan pandangan pihak lain termasuk PMBOA.

sila KLIK di sini untuk membantu pengurusan blog

"Sekiranya keputusan ini dilaksana secara tiba-tiba tanpa apa-apa perbincangan, ia akan memberi impak negatif kepada pengusaha bas kerana mereka bakal rugi besar,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, bas dua tingkat hanya sesuai digunakan di laluan yang selesa seperti kawasan bandar dan lebuh raya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) wajar menentukan semula laluan yang boleh digunakan bas jenis itu bagi mengelak kemalangan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk