KUALA LUMPUR 15 April - Caj perkhidmatan rawatan perubatan di semua klinik dan hospital swasta di seluruh negara akan diselaraskan bagi melindungi pesakit daripada dikenakan caj berlebihan terutama mereka yang mempunyai kad perlindungan insurans.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan itu perlu memandangkan masih banyak klinik atau hospital swasta mengenakan caj berlebihan yang dianggap tidak wajar kepada pesakit hanya disebabkan mereka mempunyai perlindungan insurans.
"Kita menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai perbezaan caj rawatan perubatan swasta. Misalnya, pesakit yang membayar caj rawatan dengan wang tunai adalah lebih murah berbanding mereka menggunakan kad perlindungan insurans.
"Amalan negatif itu perlu dihentikan segera supaya ia tidak memberi kesan kepada pesakit kerana kadang-kala perlindungan insurans yang dibeli oleh mereka adalah mengikut jenis perlindungan dan mempunyai had maksimum tertentu," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan