Ads 468x60px

Ahad, 15 April 2012

DSA 2012 bakal tarik 25,000 pengunjung


KUALA LUMPUR 15 April - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 yang bermula esok sehingga 19 April ini dijangka menarik kira-kira 25,000 pengunjung daripada sektor perdagangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana pameran yang disertai 850 syarikat pertahanan dalam dan luar negara membabitkan 58 negara itu merupakan yang terbesar pernah diadakan berbanding pada tahun sebelum ini.

"Kita juga berharap melalui pameran pada kali ini, lebih banyak tindakan akan dapat dibuat terutama dari segi hubungan antara perniagaan dengan perniagaan (B2B)," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan DSA 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Hadir sama meninjau ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk