Ads 468x60px

Sabtu, 14 April 2012

Generasi muda tuntut perubahan


SHAH ALAM 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada penuh yakin berkata, angin perubahan sedang bertiup kencang bagi mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Perdana Menteri, angin kencang itu akan meranapkan sesiapa sahaja yang cuba menolak tuntutan rakyat terutama generasi muda untuk membuat perubahan.

"Siapa kata anak muda tidak sokong BN. Bukan sahaja orang muda, orang tua yang berhati muda, kita semua sudah membuat pilihan iaitu BN.

"Kita ingin supaya berlaku perubahan kerana pada 2008 rakyat telah dibuai serta ditipu dengan janji-janji manis yang didagangkan oleh mereka (pembangkang)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk