SHAH ALAM 14 April - Kerajaan menanggung yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini antara 85 hingga 95 peratus bagi meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun pelajar masih perlu membayar yuran pengajian namun jumlahnya tidak lagi membebankan terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, katanya, pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 berbanding kos sebenar iaitu RM166,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan