Ads 468x60px

Ahad, 15 April 2012

TUDM bakal terima empat A400M


KUALA LUMPUR 15 April - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima empat pesawat pengangkut tercanggih, A400M buatan Airbus Military mulai Januari 2015 hingga 2016.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, kontrak pembelian pesawat tersebut telah ditandatangani pada Disember 2005 dengan kos sebanyak RM3.5 bilion termasuk latihan dan logistik.

"Malaysia merupakan negara pertama daripada tujuh negara asal yang membangunkannya akan menerima pesawat ini. 

Ia merupakan penambahbaikan bagi TUDM yang mana banyak kebolehannya seperti pengangkut taktikal, lojistik dan strategik jarak jauh dan dapat mengisi minyak kepada helikopter dan pesawat pejuang.

"Kita juga dapat lihat teknologinya begitu tinggi yang tercanggih di dunia terutama enjin. Pesawat ini bukan sahaja akan memberi kelebihan kepada TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah kepada negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk