Ads 468x60px

Selasa, 22 Mei 2012

400 jemputan ikuti Debat Sinar


SHAH ALAM - Seramai 400 jemputan termasuk ahli politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mahasiswa mula berkumpul dan membuat proses pendaftaran bagi mengikuti dari dekat Debat Sinar-Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

Suasana di Auditorium Karangkraf pada jam 9 malam tadi meriah dengan kehadiran pemimpin mahasiswa dari Persatuan Mahasiswa Anak Sarawak Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Karisma UITM Shah Alam dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Penyokong yang mewakili Khairy, turut hadir Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Rizal Merican; Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Penyokong Rafizi pula terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin; Pengerusi People's Welfare and Rights Coalition, S. Gobi Krishnan dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Siaran langsung juga boleh diikuti menerusi mobtv.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk