RAUB - GiatMara akan mengadakan program latihan untuk pembantu rumah dalam usaha menangani masalah kesukaran mendapatkan pembantu rumah di negara ini.
Pengerusi GiatMara Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata seramai 40 pelatih GiatMara telah tamat latihan dalam bidang berkenaan, manakala 20 lagi sedang mengikuti latihan dalam bidang itu.
"Pelatih itu kelak akan ditempatkan di cawangan-cawangan GiatMara terpilih di seluruh negara bagi melatih mereka yang berminat menjadi pembantu rumah.
"Program latihan itu dijangka bermula Julai depan, pihak GiatMara masih berbincang butiran lengkap dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Gotong Royong GiatMara bersama penduduk Kampung Ria dan Pamah Kulat, Raub, di sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi program latihan itu nanti, pelatih akan diberikan kursus pembantu rumah profesional mengikuti standard ditetapkan kementerian berkenaan.
"Kursus berkenaan ditawarkan kepada mereka yang berusia 28 hingga 38 tahun.
Sehingga kini kita mendapat maklum balas yang menggalakkan," katanya.
"Ketika ini negara terlalu bergantung kepada pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan