KULIM - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) menggunakan sistem auto debit sejak awal Mei ini se bagai usaha memudahkan kemasukan wang pinjaman ke dalam akaun anggota.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim (gambar) Hassan berkata, sistem debit itu dapat menjimatkan caj kos penghantaran hampir RM200,000 setahun.
"Sistem ini bukan sahaja lebih efisien malah menjimatkan kos," katanya kepada selepas majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN Parlimen Kulim di Dewan Bandaran di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan