Ads 468x60px

Sabtu, 2 Jun 2012

Putri Mia perlu tambah berat badan


SHAH ALAM - Ibu kepada Putri Mia Adriana Mohd Nooridan, enam bulan, yang menghidap penyakit hati 'missed biliary atresia' berharap segera menemui penderma hati bagi bantu mengurangkan penderitaan anaknya. Nurhashimah Tasim, 27, dan bapanya, Pembantu Am Pejabat Daerah Sepang, Mohd Nooridan Mohd Samsudin, 29, terus merayu agar ada individu tampil mendermakan hati kepada anak ketiganya disebabkan hati anaknya yang tidak dapat berfungsi dengan baik akibat saluran hempedu tersumbat.

Menurutnya, tahap kesihatan Putri Mia agak membimbangkan dan memerlukan rawatan susulan ke Hospital Besar Selayang untuk tambah berat badannya dari 5.6 kilogram kepada 10 kilogram iaitu keadaan sesuai melakukan pembedahan.

"Selepas berat badannya meningkat, barulah pasukan perubatan dapat menentukan kondisi sebenarnya Putri," katanya.

Nurhashimah berkata, berat Putri Mia akan ditambah dengan menyalurkan makanan melalui tiub penyaluran susu ke rongga hidungnya.

“Sekarang saya hanya tunggu pertambahan berat badannya,” katanya.

Menurutnya, beliau mengharapkan, Allah memudahkan segala urusan dan mempercepatkan penyembuhan penyakit anaknya.

Sejak semalam, keluarga berkenaan menerima maklum balas daripada dua orang awam yang ingin membantu dari segi kewangan.

Selain itu, katanya, hasil kerjasama Kelab Putera 1Malaysia menubuhkan Tabung Putri Mia diharapkan dapat mencari penderma hati dalam tempoh terdekat.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan wang boleh masukkan ke akaun Maybank Nurhashimah: 162107039647.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk