SAO PAULO: Kaka mengakui dirinya terkejut apabila dipanggil semula untuk menyertai skuad bola sepak Brazil selepas kerap tidak disenarai dalam kesebelasan utama kelab Real Madrid.
Perancang terkenal itu adalah antara 23 pemain yang disenaraikan oleh jurulatih Mano Menezes bagi beraksi menentang Iraq dan Jepun dalam perlawanan persahabatan pada Oktober ini dan akan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan negara itu buat kali pertama sejak Piala Dunia 2010.
"Memang mengejutkan, saya tidak sangka. Orang mula menghantar pesanan kepada saya dan mungkin ada kejutan dalam senarai serta jangkaan semakin bertambah.
"Saya memang menunggu pengumuman dan apabila ia dibuat dan saya nampak nama saya dalam senarai memang sesuatu yang menggembirakan. Anak, isteri dan semua orang gembira saya dapat kembali," katanya.
Sumber : AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan