Ads 468x60px

Jumaat, 28 September 2012

Anak perempuan Fujimori mahu dapat pengampunan untuk bapanya


LIMA: Anak perempuan bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori merancang untuk mendapatkan pengampunan untuk bapanya atas dasar kemanusiaan berikutan masalah kesihatan yang dialami. 

Fujimori, 74, sedang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun atas kesalahan mencabul hak asasi manusia ketika memerintah pada 1990-an yang dicemari penyelewengan. 

Keiko Fujimori mengumumkan hasratnya selepas melawat bapanya di hospital.   

Fujimori menjalani pembedahan pada Ogos lalu buat kali kelima akibat kanser lidah dan luka bahagian itu mengalami masalah untuk sembuh. 

Sumber : AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk