Ads 468x60px

Jumaat, 28 September 2012

Kerajaan akan buka empat kawasan jelajah padi baru

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka empat lagi kawasan jelapang padi baru seluas 19,000 hektar bagi memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan pada masa akan datang. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kawasan penanaman padi baru akan diperluas di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin, dan Pekan dengan membabitkan penyertaan seramai 12,237 pesawah. 

"Pertambahan ini akan menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen hari ini. 

Najib berkata, pada masa ini kawasan jelapang padi bertanam adalah seluas 389,000 hektar yang mampu menghasilkan 1.8 juta tan metrik. 

"Kawasan jelapang padi sedia ada juga akan ditambah baik dengan sistem pengurusan tanamannya secara sistematik," katanya.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk